Thursday, July 2, 2015

RAKYAT SELANGOR CUBA DIPERBODOHKAN DENGAN LAKONAN PROJEK BAS KOMUNITI MBSA

Projek Bas Komuniti percuma di Shah Alam sekali imbas nampak seperti projek ini memberi manfaat kepada golongan sasaran seperti golongan pendapatan rendah, warga emas dan golongan kurang upaya dan perkhidmatan bas komuniti ini melalui 25 laluan. Boleh semak di laman web MBSA, di sini.

Namun, apabila melihat waktu operasi bas berkenaan yang hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat saja dan waktu perkhidmatan sehari hanya 3 kali perjalanan iaitu jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang, nampaknya Kerajaan Negeri Selangor hanya bermain wayang untuk memberikan perkhidmatan kepada Rakyat.

Kita masih ingat bagaimana perkhidmatan Bas Komuniti percuma ke Perpustakaan Awam Selangor juga seperti melepaskan batuk di tangga. Bayangkan perkhidmatan hanya:

1. Disediakan pada Hari Sabtu dan Ahad sahaja.
2. Disediakan hanya pada pukul 10.00 pagi dn 2.00 petang sahaja.
3. Disediakan hanya dari Seksyen 18 dan hanya ke perpustakaan sahaja.
4. Cuma sehala sahaja (balik pandai-pandailah korang nak hidup).

Adakah ini satu lagi perkhidmatan yang hanya cuma hendak menipu Rakyat negeri yang paling maju di Malaysia? Syabas Selangorku.




No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.