Thursday, October 22, 2015

BERBOHONG PELABUR BERKURANGAN MUHYIDDIN YASSIN PENIPU KAKI SPIN FAKTA MEMBUKTIKAN

Kerana kemaruk sangat nak jadi perdana menteri Muhyiddin terus menerus menipu dan berbohong semata-mata niat mahu menghentam kerajaan dan DS Najib. Diketengahkan dan dijanjikan sebagai calon PM oleh gerakan "enam jahanam" Muhyiddin tak putus putus spin dan kencing merata-rata. kesian. Apa nak jadi ni muhyiddin makin banyak bercakap dan menghentam makin terserlah nafsu serakah mahu berkuasa dan kebodohan yang menguasai diri.

Teringat janji muhyiddin kata nak bantu presiden UMNO walau tidak menjadi PM... nampaknya bukan bantu menyokong dan mempertahan... sebaliknya bantu menjatuhkan dan membawa rebah... sebab penyokong muhyiddin claim manusia lidah bercabang ni islamik... jelas kita boleh gelar Muhyiddin Yassin sememang nya manusia MUNAFIK!


 "Jika tiada keyakinan, orang akan menjauhi negara kita, pelabur tak akan datang. Saya ada data yang menunjukkan pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu. Mereka yang nak datang melabur berfikir banyak kali sekarang sebab mereka tak pasti mengenai situasi politik di negara kita. Mereka tak tahu apa akan jadi dalam satu atau dua tahun akan datang. Saya harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam Bajet 2016" - Muhyiddin Yassin, 20 Oktober 2015, Majlis Minum Petang Bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hotel Seri Pacific, KL.

Cuma apa yang dikesalkan apabila tindakan TSMY menyebarkan fitnah tanpa diperkuatkan dengan fakta mengenai kononnya 'pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu'. Sebagai seorang pekerja di agensi di bawah Kementerian Perdagangan & Industri (MITI) dan juga berkaitan dengan 'sister company' kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CTS terpanggil untuk menjawab fitnah TSMY.


Untuk pengetahuan TSMY, Malaysia mencatat pelaburan sebanyak RM235.9 bilion tahun lalu (2014) yang juga rekod tertinggi yang pernah diterima setakat ini, meningkat 8% berbanding RM219.4 bilion pada 2013. Prestasi pelaburan negara pada 2014 mengatasi purata sasaran pelaburan tahunan RM148 bilion yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pelaburan domestik (DDI) menguasai sebahagian besar pelaburan yang diterima sepanjang tahun lalu, membabitkan RM171.3 bilion atau 72.6%. Manakala pelaburan langsung asing (FDI) pula sebanyak RM64.6 bilion atau 27.4% daripada jumlah pelaburan keseluruhan pada 2014.

Bagi laporan pelaburan Malaysia suku pertama (Q1) tahun 2015, Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM57.4 bilion dalam sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pembuatan merupakan pelaburan teratas iaitu sebanyak RM33.6 bilion, merangkumi 58.5 % daripada jumlah keseluruhan pelaburan, diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak RM22.3 bilion atau 38.9 % dan sektor utama sebanyak RM1.5 bilion atau 2.6%. Jumlah berkenaan mewakili peningkatan sebanyak 18.8% dalam tempoh yang sama tahun lepas, iaitu sejumlah RM48.3 billion dalam pelaburan yang diluluskan.

Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh TSMY. Jadi macai manakah yang menasihatkan TSMY untuk mengeluarkan kenyataan bahawa 'pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu'? NAMPAK BENAR BODOH MUHYIDDIN YASSIN.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.