Monday, March 14, 2016

LEPAS SIRUL BERSIHKAN NAMA NAJIB KINI ISTERI MENDIANG P.BALA DEDAHKAN PEMBANGKANG PENCATUR FITNAH ALTANTUNYA

Pihak Polis aka PDRM wajar membuka kertas siasatan segera siapa sebenarnya dalang terancang yang secara strategik mahu memburukkan nama DS Najib... 

Dulu Sirul bersumpah dengan nama Allah najib tidak terlibat dalam kes Altantunya dan membayangkan ada tangan-tangan yang mempergunakan beliau agar nama Najib diburukkan... sekarang tampil pula Isteri mendiang P.Bala yang mengaku disuruh memburukkan nama najib razak oleh pemimpin pembangkang khususnya menggunakan kes Altantunya....

NAK SEKARANG SILA MACAI DAN PECACAI PEMBANGKANG JILAT NANAH DAN NAJIS FITNAH YANG KAU TABUR DULU... LAHANAT!


https://aidcnewsfoto.files.wordpress.com/2016/03/selvi2.jpg?w=809

APAPUN PENJENAYAH INI WAJIB DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN WALAUPUN DIA PRESIDEN PARTI MANA SEKALIPUN!!! 
POLIS TOLONG LAH PRO-AKTIF SIKIT

Balu penyiasat persendirian, mendiang P.Balasubramaniam mengakui suaminya dan beliau sendiri telah diperdaya dan ditipu oleh pimpinan sebuah parti politik untuk mengaibkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sekeluarga.

Balu A.Santamil Selvi berkata pimpinan sebuah parti politik itu tidak menunaikan janji menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk membiayai pendidikan anak-anaknya selepas kematian suaminya itu.

“Saya dan mendiang suami saya tertipu dengan segala janji yang telah diberikan oleh pihak tertentu. Sehingga akhir hayat mendiang suami saya, mereka tidak tunaikan apa-apa yang telah dijanjikan.

“Minggu lepas saya pergi ke pejabat parti politik (untuk menemui) presiden parti itu, (namun) dia kata sibuk dengan sidang Parlimen, dia kata akan hantar orang pergi jumpa saya nak bagi duit.

“Tapi sampai sekarang dia tak datang. Bila saya telefon, dia kata sibuk,”dedahnya di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), hari ini.

Dalam sidang media itu, Selvi turut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya membunuh suaminya pada 2013. Selvi mengakui beliau telah membuat tuduhan palsu itu dalam keadaan tertekan dan tanpa bukti.

“Selepas kematian suami saya, PKR bawa saya pergi ceramah sana sini, masa itu saya terlepas cakap, masa itu saya betul-betul kecewa sebab Bala tiada, saya terlepas cakap Datin yang bunuh suami saya.

“Tiada siapa yang hasut saya, saya sendiri terlepas cakap, sebab saya betul-betul geram pada masa itu, keadaan kami tertekan kerana kena lari dari Malaysia, kemudian balik Malaysia, suami pula sudah tiada,” katanya.

Presiden PMSP, Ramesh Rao pula berkata kehadiran Selvi menemui beliau adalah untuk mendapatkan bantuan pendidikan anak-anaknya yang terabai.

“Saya beritahu dia (Selvi), selain pendidikan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada geran untuk ibu tunggal, jadi saya beritahu dia, kita akan bantu dia mohon skim ini, ada kursus jahitan dan sebagainya.

“Apa salahnya dia cuba minta geran ini, untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk teruskan hidup, tak perlu bergantung kepada sesiapa lagi selepas ini. Jadi kita akan cari jalan keluar, supaya dia boleh berdiri dengan sendiri, itu yang lebih penting,” jelasnya.

Tambah Ramesh, pihaknya akan membuat kutipan amal bagi mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi membantu Selvi membiayai kos pendidikan anak-anaknya di sebuah pusat pengajian tinggi.

“Dana ini hasil daripada perniagaan saya sendiri, bukan bantuan BN, dan beberapa rakan lain bagi membantu anak-anak Selvi. Tiada kaitan dengan kes mendiang Balasubramaniam sebelum ini,” katanya lagi.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.