Wednesday, April 12, 2017

PANAS!!! DS HADI AWANG DEDAHKAN PARTI DAP DAN PAKATAN KHIANAT NEGARA DENGAN JEMPUT CAMPUR TANGAN ASING

Betapa bahayanya politik pembangkang yang diketuai DAP dan pakatan apabila sanggup bersyubahat dan menjemput kuasa asing menerusi agen mereka DEMI menjatuhkan sebuah kerajaan Islam demokratik. Tindakan ini seumpama pengkhianatan yang mampu menjerumuskan negara kita kedalam cengkaman kuasa asing dan lebih teruk lagi jika negara kita menerima nasib seperti syiria, iran, libya yang penuh kacau bilau dan kesengsaraan akibat kebodohan pembangkang mereka menjemput dan menerima campur tangan asing...

Mahukan anda lihat Malaysia jadi seperti negara terbabit? 

KIta harus bersyukur PAS kini lebih terbuka dan dapat melihat gambaran keseluruhan politik serta masa depan negara dengan lebih jelas... pendedahan Tuan Guru DS Hadi Awang Presiden PAS ini harus dipandang serius dan menjadi pegangan utama mengapa kita WAJIB tolak dan jatuhkan DAP serta Pakatan pembangkang!!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan DAP dan Pakatan ada berunding dengan duta asing dan agen negara asing untuk campur tangan secara sulit bagi melaksanakan perubahan tertentu khususnya politik Malaysia.

Beliau menegaskan, PAS boleh berunding dengan UMNO, malah dengan siapa sahaja untuk melaksanakan Islam namun tidak akan berunding dengan pihak luar khususnya kuasa asing untuk campurtangan dalam negara ini.

“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

“Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa.


“Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu,” katanya.


Tambah beliau salahkah beliau dan parti Islam pimpinannya berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam, berbanding dengan DAP yang berunding dengan negara asing untuk merubah politik Malaysia.

“Dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu (pun) saya sudah bawa (RUU Akta) 355 ini. DAP mempertikaikan PAS berunding dengan UMNO, saya kata (tanya) tak bolehkah PAS berunding dengan UMNO kerana untuk melaksanakan syariat.

“Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang. Kita tidak boleh nak bincang untuk melaksanakan syariah. Tidak boleh (bincang dengan UMNO)?,” soalnya ketika berceramah di Rusila malam tadi.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.